HUJAN FEAT RAIHAN - SALAM AIDILFITRI AYAH DAN BONDA

Friday, September 25, 2009


Lagu nie memang best & sedih giler..nak plak time beraya kat perantauan cam aku nie..lagi la sedih..sapa2 yang nak download lagu nie aku bagi link kat bawah nie..try ar download...memang best...
Lagu ini mengisahkan tentang keinsafan seorang anak terhadap ayah dan ibunya yang bersusah payah menyediakan persedian di hari raya demi membahagiakan anak-anak mereka. Namun di sebalik kegembiraan anaknya menyambut hari raya dengan baju baru dan sebagainya, kedua ibu bapanya terpaksa berkorban untuk mencari wang dalam menyediakan kelengkapan raya. Setelah dewasa barulah si anak memahami bahawa betapa peritnya ayah dan ibu berkorban demi melihat anak-anak yang tersayang bergembira di hari lebaran. Walau apa pun cara yang dilakukan untuk membalas jasa orang tuanya, ia tidak mampu membayar segala titik peluh yang telah dikeluarkan olah si ibu dan ayah. Hanya doa dan harapan moga Allah sahajalah yang berkuasa membalas segala pengorbanan ibu bapanya.

Lirik: Salam Aidilfitri, Ayahanda dan Bonda

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayangi selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba untuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban

Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkin kan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu

Namun wajahmu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Di bibirmu kan menguntum senyum
Andai anakmu bahagia

Salam Aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti
Di Aidilfitri, di Aidilfitri...

0 comments:

WWW.LISTEN2QURAN.COM