Najib Angkat Sumpah Esok!!!

Thursday, April 2, 2009


Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan supaya istiadat mengangkat sumpah jawatan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri diadakan jam 10 pagi esok di Istana Negara, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. Dalam satu kenyataan dikeluarkan malam ini, Mohd Sidek berkata, Tuanku Mizan berkenan supaya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama-sama Najib menghadap Seri Paduka jam 10 pagi ini untuk Abdullah menyerahkan surat melepaskan jawatan Perdana Menteri dan memohon perkenan melantik Najib sebagai Perdana Menteri yang baru. Beliau berkata, Perdana Menteri memaklumkan kepada mesyuarat Jemaah Menteri, semalam bahawa Seri Paduka sudah memberi perkenan itu ketika beliau menghadap Seri Paduka sebelum mesyuarat mingguan Kabinet. "Yang di-Pertuan Agong juga sudah memberi perkenan supaya Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri diadakan pada jam 10 pagi, Jumaat, 3 April 2009 di Istana Negara," kata kenyataan itu.

0 comments:

WWW.LISTEN2QURAN.COM